Halaman

Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan

Ahad, 10 Februari 2013

C.I.N.T.A


Assalamualaikum WBT...
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. SELAWAT SERTA SALAM KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W, SERTA KELUARGA DAN SAHABAT-SAHABAT BAGINDA S.A.W.
 

CINTA,  satu ungkapan yang indah kekadang tidak dapat digambarkan dengan bentuk kata-kata.Suatu perasaan yang lahir mengikut naluri insan yang merasainya. Bahkan tidak keterlaluan kalau nak mengatakan ianya seesuatu yang bersifat indah, seronok, bahagia dan 1001 perasaan lain. Namun ianya boleh juga gambaran sebaliknya kepada pemiliknya andai berlaku sesuatu yang tidak baik. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, cinta membawa maksud perasaan atau berperasaan sangat kepada sesuatu samada orang,  negara, bangsa, agama, kebebasan dan lain-lain lagi. Satu perasaan yang membuatkan seseorang itu dapat merasai perasaan rindu berahi, berkasih kasihan.

            Orang yang bercinta mesti banyak mngingati insan yang dicintainya. Apabila hatinya mengingat, mulut akan bnyak menyebut. Apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu. Apabila rindu pasti terasa ingin bertemu. (sumber Solusi Isu 52) Namun apa jua pengertian CINTA tersebut, adakah kita mencari atau tercari-cari rahsia disebalik perkataan CINTA itu dan yang lebih tepat lagi sesuatu yang diredhai Allah s.w.t. Persoalan sekarang adakah kita bercinta mengikut sunnah, lebih agung lagi kalau kita mencintai Rasulullah. S.A.W. Bagaimana dan macam mana? Tidak keterlaluan kalau aku katakan, seingat akulah mana ada, kuliah yang mengajar cara bercinta.Televisyen pun mana ada siarkan cara bercinta atau mencari cinta seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.Ceramah oleh ustaz-ustazah yang mengajar tentang cinta rasanya tak ada lagi rasanya. Jadi bagaimana kita semua cari erti cinta itu. Bagi kita yang telah berkahwin, agak-agaknya kat mana kita suami isteri belajar bercinta. Adakah ianya datang sendiri, iye ker? Mesti ada contoh-contoh yang mampu dicedok dan diambil baru dapat mewarnai hubungan cinta kita itu. Kalau zaman teknologi sekarang, tak payah cakaplah, contoh merata-rata.TV lagilah memang berlungguk cerita filem dan dramanya. Tak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan “pelajaran” dari buku-buku dan novel-novel cinta, itu belum lagi contoh-contoh dari hat yang lain lagi, dan bermulalah praktikal dengan berpegang pegang tangan,cubit mencubit, panggilan manja,dan sebagainya. Lepas tu bermulalah drama yang lebih berat, ringan-ringan, usap usapan dan seterus yang lebih berat, nkorang sendiri fikirlah apa dia yang aku maksudkan. Adakah apa yang berlaku itu adalah kerana kerelaan cinta yang dikatakan lahir dari hati.

Baru-baru ini kita bersama-sama telah menyambut Maulidur Rasul tak kiralah samada peringkat negara, negeri, daerah, jabatan, kampong atau taman di sekitar kita. Begitu gah kita dengan sepanduk, banner yang membangkitkan kecintaan kita terhadap baginda Rasulullah s.a.w. Oleh kerana cintanya kita kepada Rasulullah s.a.w juga, kita memboikot barangan dan negara tertentu kerana menghina Rasulullah s.a.w. Syabas !, Namun setelah selesai sambutan Maulidur Rasul, bagaikan satu barangan yang disejuk bekukan dalam peti sejuk disimpan dan akan dikeluarkan pula pada sambutan tahun depan. Bagi kita yang telah bergelar ibu bapa kita lihat anak-anak remaja kita macam mana dan dari mana mereka mencari cinta. Ada tak usaha kita mengajar anak-anak kita supaya mencintai Rasulullah s.a.w dan mengikut sunahnya.

Bagaikan cinta Rasulullah itu hanya di mulut, tak sampai ke hati. Sesungguhnya, cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah sebagai penyuluh atau jalan yang akan kita lalui dan mempunyai tujuan yang satu iaitu cinta Allah yang hakiki. Dimana dan mengapa perlu mencintai Rasulullah s.a.w? Seperti yang dinyatakan tadi, mencintai Rasulullah s.a.w adalah jalan dan mencintai Allah adalah tujuan kita. Malulah kita, saat Rasulullah s.a.w sedang didatangi oleh malaikat maut pun baginda Rasullullah s.a.w masih ingatkan umat-umatnya, inikan kita sambil dok hidup sekarang pun tak ingat. Lagilah waktu senang macam sekarang. Dalam banyak-banyak rasul Allah, Nabi Muhammad s.a.w lah yang paling menyayangi umatnya, sehinggakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya.” (Riwayat al Bukhari). Cinta kepada Allah adalah sumber kekuatan, kekayaan, ketenangan dan kejayaan, namun sesungguhnya mencintai Allah s.w.t memerlukan iman.Oleh itu kemanisan hidup yang kita cari hadir bila kita merasai kemanisan iman bila mana kita mencintai Allah dan RasulNya.