Halaman

Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan

Selasa, 25 Disember 2012

Hadis Pilihan (sambungan)

1.    Pemimpin (Imam) Yang Adil.

    Imam adalah seorang yang diangkat untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Muslim dan memeiliki kekuasaan dalam hal mengurusi persoalan masyarakat,baik itu persoalan ukhrawi mahupun duniawi.
    Dengan kekuasaan yang dimilikinya,biasanya dia pun sekaligus menjadi pelaku pengawasan atas orang lain.Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim,dari Abdullah bin Umar,hadis marfu':
Ertinya: Sesungguhnya orang-orang adil (muqsiht) disisi Allah,mereka berada di atas mimbar-mimbar yang terbuat dari cahaya di sisi kanan Allah Ar-Rahman, itulah mereka yang bertindak adil dalam menegakkan hukum dan adil terhadap keluarga serta adil dalam segala perkara yang mereka pimpin.
Dalam Al Quran (An Nisa': 58) yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
    Dalam kita menyebut pemimpin, semua yang dilantik menjadi khalifah, para presiden, perdana menteri,pemimpin-pemimpin tertinggi atau para ahli yang patut menerimanya (amanah) dan sanggup menjalankan dengan sebaik-baiknya.Nabi s.a.w berpesan kepada Abu Dzar bahawa jawatan itu amanah, yakni hak yang berhubungan dengan hak dan kehormatan pemimpin. Maka amanah tidak patut dipikul oleh orang yang lemah apalagi yang bukan ahlinya.
    Rasulullah s.a.w berpesan dalam hadisnya, ertinya "Kepimpinan itu pada mulanya sangat didambakan, lalu berikutnya menjadi penyesalan dan pada akhirnya menjadi azab pada hari kiamat,kecuali bagi orang yang bersikap adil. Namun,sebagaimana bersikap adil terhadap orang dekat (kerabat)". (hadis Thabrani)

2.    Pemuda Yang Tekun Beribadat.

    Nasihat Rasulullah s.a.w kepada pemuda dalam sabdanya: "Wahai anak muda, peliharalah Allah, nescaya Allah akan memliharamu,peliharalah Allah, nescaya engkau akan menemuiNya dihadapanmu. Jika engkau meminta,maka mintalah kepada Allah, dan jika engkau minta tolong, maka mintalah tolong pada Allah. Ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memberi manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu.Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk menimpakan bahayanya kepadamu dengan sesuatu, maka mereka tidak akan dapat menimpakan bahaya apa pun kepadamu kecuali dengan sesuatu yang telah tetapkan atasmu. Pena telah mengering dan lembaran pun telah dilipat." (HR. Tirmizi)

3.    Orang Yang Hatinya Terpaut Di Masjid.

    Orang yang hatinya selalu dekat dan lekat di masjid,dengan erti hatinya bekaitan dengan masjid,sehingga apabila keluar dari masjid tersebut,dia berniat akan kembali kepadanya, seolah-olah dia bagaikan lampu yang tergantung di masjid. Rasulullah pernah bersabda diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ertinya: Tempat yang paling dicintai Allah adalah masjid, dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar.
    Allah SWT telah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 18 yang bermaksud: "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan Allah."

4.     Orang Yang Berkasih Sayang Kerana Allah.

    Maksud hadis Rasulullah s.a.w.: Seseorng di antara kamu tidak dianggap beriman sehingga mencintai saudaranya (yang muslim) sebagaimana halnya mencintai dirinya sendiri. (HR Bukhari dan Muslim).
     Dua orang yang bersatu,saling menyayangi,kasih menyayangi kerana Allah dan berpisah mereka itu juga kerana Allah. Sesungguhnya kasih sayang itu satu pokok besar dalam kebahagiaan hidup dan penyempurnaan kasih sayang diantara sesama insan.Saling menyempurnakan pengambilan manfaat kepada antara satu sama lain. Sebahagiaan orang ada yang sampai mengatakan bahawa agama adalah kasih sayang.Maksudnya hati orang yang tidak pernah disinggahi kasih sayang maka tidak akan pernah ada pengaruh agama dalam dirinya.

5.     Lelaki Yang Digoda Oleh Wanita Cantik.

    Sesungguhnya adanya nafsu syahwat di dalam setiap diri manusia dan usaha untuk mengarahkannya adalah hal yang sudah lazim,akan tetapi kemampuan dalam mengarahkannya pada diri setiap manusia selallu berbeza. Ini tergantung kepada sejauh mana usaha dan keinginannya untuk tidak menuruti hawa nafsu tersebut. Justeru dalam hal yang demikian, maka siapa yang sanggup berpaling daripadanya kerana semata-mata takut kepada Allah SWT, maka sesungguhnya Allah akn menjanjikan dua syurga bagi siapa saja yang takut kepada Nya.

6.     Orang Yang Bersedekah Dengan Ikhlas.

    Seorang lelaki yang bersedekah atau berinfaq secara sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. Maksud hadis Rasulullah S.A.W.: Bersedekahlah, janganlah engkau menghitung agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian Nya kepadamu, dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak menyedekahkannya) agar Allah tidak kikir kepadamu. (Muttafaqun 'Alaih).

7.      Orang Yang Berzikir Hingga Menitiskan Air Mata.

    Berzikir kepada Allah ada kalanya dengan hati atau lisan, Akan tetapi berzikirdengan lisan yang mengakibatkan tangisan hanya boleh terjadi jika diiringi dengan zikir hati. Jika tidak, maka gerakan lisan saja tidak bermanafaat dan tidak membuahkan hasil, tidak boleh mengalirkan air mata sekaliun hanya satu titis.
     Diriwayatkan dari Anas secara marfu':
Ertinya: Sesiapa yang berzikir kepada Allah, lalu matanya mencucurkan air mata sehingga membasahi bumi kerana takut kepada Allah, maka pada hari kiamat dia tidak akan diseksa. (HR>al-Hakim.



Wallahua'lam....

Sumber dari Kitab Golongan Yang Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar.
Karya Ukasyah Abdul Manan.
Terbitan Pustaka Al Shafa.

Rabu, 21 November 2012

Hadis Pilihan

GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN DI PADANG MAHSYAR

Rasulullah s.a.w bersabda;
   " Ada tujuh golongan yang berada dalam naungan Allah nanti pada hari yang tidak ada yang memiliki naungan selain naungan Allah, iaitu;
     1.     Pemimpin (Imam) yang adil.
     2.     Anak muda yang tekun beribadat kepada Allah.
     3.    Orang yang hatinya selalu terpaut di masjid.
     4.    Dua orang yang saling mencintai, yang keduanya berkumpul (bersatu) kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
     5.    Lelaki yang diajak berbuat jahat oleh seseorang wanita yang memiliki kedudukan dan kecantikan, lalu lelaki itu menjawab: " Sungguh aku takut kepada Allah.
     6.    Orang yang bersedekah dengan merahsiakan sedekahnya, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya
     7.Orang yang berzikir kepada Allah ketika sunyi lalu kedua matanya mencucurkan air mata.

(HR. Bukhari dan Muslim, redaksinya dari shahih Bukhari).

Apa yang menarik perhatian aku pada hadis ini ialah, dekat mana yang kita umat yang mengaku islam nak letak diri kita antara nombor satu sampai tujuh tu. Hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari atau nama lengkap beliau Imam Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-mughirah Al-Ja'fi Al-Bukhari Hafizul Islam, imam dari pelbagai imam dari kalangan ulama dalam islam. Lahir pada malam Jumaat 13 Syawal 194 hijriah dan wafat pada malam 1 syawal 256 hijriah pada usia 62 tahun.

Insya Allah kita akan mendalami satu persatu 7 golongan ini pada masa yang akan datang.

Yahudi Laknatullah




Berikut 20 fakta Israel yang belum kita tak ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

 
2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

 
3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

 
4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

 
5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

 
6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

 
7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

 
8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

 
9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

 
10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

 
11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

 
12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

 
13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

 
14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

 
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

 
15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

 
16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

 
17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

 
18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

Jumaat, 16 November 2012

Selami Jiwa



Assalamualaikum...Salam Maal Hijriah 1434, moga dengan kehadiran tahun baru islam ini akan lebih bermakna dan menjadi satu tapak perubahan dalam diri supaya menjadi atau ke arah sesuatu tapak yang lebih baik dan terbaik kerana Allah.
Bercakap mengenai Muharam, aku asyik dok teringat, benda ni asyik dok main dalam benak fikiran aku beberapa hari ni.Ye la mana tidaknya, untuk kali ke berapa entah kali ni, aku dan keluarga aku keluar berjalan bercuti makan angin. Kebetulan pulak dengan kedatangan Muharam.Yang aku dok fikirkan sewaktu aku keluar bercuti itu hari ialah sebab ada event yang besar kat negara kita ni, tak tahu la kalau engkorang tahu ke tak. Pertama, malam tahun baru Muharam ada game bola Malaysia lawan Hong Kong dan kedua esok tu ada sambutan Maal Hijrah 1434 di PICC. Dua peristiwa ni je yang aku nak highlight.
Ramai yang teruja dan bersemangat bila negara kita main bola, tak kisahlah apa pun keputusannya, sokong tetap sokong,stadium tetap dikunjung kasi penuh. Apa yang aku fikirkan ialah kekadang jadi sedih bila tengok keadaan di dua situasi ni, seronok tengok stadium meriah dan penuh dengan orang bagi sokongan semangat pada pemain tapi bila esoknya di PICC, tak pulak penuh dewan tu. Yang hadir pula dikalangan dari jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan NGO. Toksah fikirlah rela pergi ke atau kena paksa, yang pergi tu tahniah.
Kalaulah dibawa kehadiran dan semangat di stadium tu ke PICC, masya Allah pasti kaum lain pun cemburu. Mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan aku ni, tapi inilah hakikatnya kita di Malaysia ni masih belum mampu nak menghimpunkan dan menghadirkan diri dengan kehadiran yang melaut dalam acara-acara yang berbentuk keagamaan atau penghayatan islam. Allahuakhbar, Maha Suci Allah, bila kita nak sampai ke tahap macam ni? Kita ambil contoh yang mudah cukuplah, solat berjemaah di surau atau masjid, nak bagi penuh pun seksa kalau tiap-tiap waktu solat penuh macam solat Jumaat kan best. Kuliah maghrib atau ceramah-ceramah agama kehadiran yang ramai, takkan nak tunggu ustaz-ustaz dan penceramah popular saje datang baru nak ramai, yang penting ilmu yang disampaikan dan digunakan selepas itu.
Jomlah sahabat sahabat ku sekalian, jom kita buat perubahan dan mulakan hari ni. Allah tu Maha Agung, mengetahui akan segalanya daripada kita.Siapa yang nak memertabat dan mendaulatkan islam kalau bukan kita yang mengaku islam dan mengaku umat Nabi Muhammad SAW. Jom muhasabah diri, mari lengkapkan solat lima waktu kita, perkemaskan wuduk dan solat kita serta yang paling penting mari hadirkan diri bersihkan jiwa untuk menghadap Allah.

Ahad, 11 November 2012

Selamat Menyambut Awal Muharam 1434 hijriah

   Minggu depan insya Allah kita akan menjengah ke satu bulan yang banyak mempunyai sejarah yang tercatit di dalamnya, MUHARAM. Mungkin antara kita lupa akan kepentingan bulan ini atau lebih tepat dan sinis lagi bulan-bulan islam.Mungkin jugak kalau ada yang ingat pun mungkin pasal sesetengah negeri kat Malaysia ni cuti am.Apa sejarahnya dan kelebihannya, tak pernah ada yang nak ambil kisah.Kalau sebut Disember, ramai yang setuju ianya ada cuti sekolah yang panjang, bonus majikan nak bagi, raya Krismas dok dalam bulan tu dan macam-macam lagi kita ingat.
   Ada juga setengah daripada kita ada azam baru untuk tahun akan datang.OK apa kata kita semua berazam melakukan sedikit perubahan kali ini, saya bukan orang yang alim atau warak, tapi biasa-biasa aje,macam nkorang jugak.Saya pernah tersasar tapi dengan kuasa Allah, saya ambil satu tarikh untuk buat perubahan. ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
   Mula-mula jom kita hafal dulu bulan-bulan islam, sama jugak dengan kalander barat ada 12 bulan.Kenapa tak percaya ker?

1.Muharam
2.Safar
3.Rabi'ul Awal
4.Rabi'ul Akhir
5.Jamadil Awal
6.Jamadil Akhir
7.Rejab
8.Syaaban
9.Ramadhan
10.Syawal
11.Zulkaedah
12.Zulhijjah

Cuma dalam bulan-bulan hijriah ni, terdapat antara 29 hingga 30 hari sahaja, jadi dalam ertikata yang lain umur kita lebih tua dalam bulan islam.

SEJARAH

   Dalam bulan Muharam ni juga,pada 10 Muharam di sebut hari 'Asyura, time ni ramai yang pakat buat bubur 'Asyura.Sesetengah Rukun Tetangga buat secara gotong royong dan kemudiannya diagih-agihkan kepada penduduk.Dalam sejarahnya,terdapat beberapa peristiwa yang berpengaruh antaranya;
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah dan dipertemukan dengan isterinya,Hawa di Jabal Rahmah dekat Padang Arafah.
2. Nabi Idris diangkat ke langit oleh Allah.
3. Nabi Nuh diselanatkan oleh Allah dari bahteranya setelah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Nabi Yusuf dibebaskan dati penjara.
6. Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan kembali oleh Allah.
7. Nabi Ayub dipulihkan dari penyakit kulit.
8. Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
9. Kitab taurat diturunkan kepada Nabi Isa.
10. Nabi Musa menyeberangi Laut Merah, menyelamatkan diri dari kerajaan Fir'aun.
11. Nabi Muhammad SAW terlepas dari racun orang yahudi.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan oleh Allah kerajaan yang besar.
13. Cucu Nabi Muhammad SAW,Husain Ibn Ali RA, terbunuh di bukit karbala.
Umat Islam zaman dahulu diwajibkan berpuasa sebelum adanya perintah wajib puasa ramadhan.Namun setelah turunnya perintah puasa di bulan Ramadhan,Tanggal 10 Muharam menjadi sunnah. Ok banyak lagi sejarah yang berlaku, hat di atas tu adalah antaranya.

AMALAN
  
   Kita digalakkan untuk berpuasa sunat Asyura pada 10 haribulan Muharam, membaca doa akhir tahun dan awal tahun dan selain itu juga kita jangan pula lupa tentang amalan zikir,solat berjemaah,bersedekah (dah dapat bonus) dan pelbagai lagi amalan yang disukai Allah SWT.


Alhamdulillah,insya Allah saya akan updatekan catatan pada masa yang akan datang.Moga dengan kedatangan bulan Muharam ini, kita sama-sama mendapat barakah dan redha Allah.Setiap perubahan yang kita lakukan biarlah kerana Allah.Ayuh kita penuh solat lima waktu kita,kalau dulu kita tinggal kali ni kita bersolat.Kalau dulu kita solat sorang-sorang kali ini kita berjemaah.Tinggallah perkara yang buruk dan jom kita kebaikkan.Hidup kita tak lama,lebih kurang 18 hingga 19 jam jer, lepas tu tidur, roh kita melayang entah ka mana, kalau tak diizinkan oleh Allah untuk kembali ke jasad, mati la kita.Jadi fikir-fikirkanlah.....

Khamis, 8 November 2012

Cuti Sekolah & Walimatul Urus

     Cuti sekolah kembali lagi dengan kali ini lebih lama lagi buat anak-anak kita.Cuti akhir tahun yang memang di tunggu-tunggu.Bagi negeri seperti Kedah, ibubapa dah pakat pi ambik anak-anak bawa balik bagi negeri Perak,Pulau Pinang atau Selangor esok baru bole pi ambik.
     Sinonim dengan cuti sekolah,mesti ada orang pakat-pakat dapat jemputan kenduri kahwin.Masa ni la hari Sabtu dan Ahad ramai yang tak makan kat rumah,dok pi serebu kat rumah kenduri.Maklumlah dalam satu hari,jemputan ke kenduri mau dok ada 2 atau 3 jemputan. Peerrgghh...memang kenyang hari tu.Masa cuti sekolah juga,tak terkecuali ada yang dah merancang nak bawa famili pi cuti jalan-jalan makan angin.Ada juga ambil kesempatan jika ada jemputan kenduri yang jauh sikit,terus pi bercuti di sana atau area yang best kat situ.

TRIBUT BUAT YOP DAN IMA     

Ada famili,time cuti sekolah ni pakat hantar anak-anak balik kampung,jumpa tok dan tok wan,mak sedara itu dan ini,siap tinggal anak lagi.Mak ayah balik ke bandaq balik alasan kerja...agak-agak la sahabat...dah la masa kita kecik dulu pun mak ayah mengasuh kita, anak-anak kita pun nak bagi mak ayah mengasuh jugak ka...Ada yang hantar pegi ke kelas tusyen sebagai persediaan untuk musim baru persekolahan yang akan datang tahun depan, lebih-lebih lagi yang nak naik tahun 6 tahun depan,UPSR tuh. Anak yang kena hantaq pi kem motivasi atau segala macam kem pun ada bagi mengisi masa yang ada sepanjang cuti sekolah. Aktiviti sebegini selalunya bila mak ayah dok sibuk keja, mohon cuti tak lulus pulak pasal dah ramai sangat dalam satu jabatan ambik cuti hehehe...Apa-apa pun,apa yang penting pengisian semasa bercuti itu yang lebih penting. Bukan untuk anak-anak sahaja ibubapa juga perlu  mengambil dan mengisi masa yang berkualiti ni bersama anak-anak dan keluarga.
    Bagi famili yang nak keluar bercuti di tempat yang jauh, selamat bercuti, sediakan payung sebelum hujan,pasal sekarang ni musim hujan. Pastikan jiran tahu yang kita akan pergi bercuti, sekurang-kurangnya,dia boleh tengok-tengokkan rumah kita tu.Jaga keselamatan di mana pun jua,jadikan cuti kali ini yang terbaik dan terindah. 

SELAMAT BERCUTI....SELAMAT PENGANTIN BARU...SELAMAT BERKHATAN....


Rabu, 7 November 2012

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah dalam proses baru nak berjinak-jinak dalam alam maya yang satu lagi nih,blog...hmm payah gak nak buat kalau tak der ilmu. InsyaAllah berkat kesabaran dan dari masa ke semasa blog ni bakal sentiasa berwajah baru dan lebih menarik dan lebih penting ianya akan menjadi satu santapan ilmu buat seluruh warga yang masuk ke dalamnya insyaAllah. Sebarang komen atau nasihat adalah amat dialu-alukan.