Halaman

Assalamualaikum...Ahlan Wa Sahlan

Isnin, 28 Januari 2013

Post Mortem Maulidur Rasul

Assalamualaikum WBT....

     Rasanya masih tak terlambat lagi nak mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat. Dalam bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, kita dah melalui sambutan samada kecil kecilan atau besar besaran, ceramah berkenaan kelahiran,kehebatan serta semangat Rasulullah SAW terhadap Islam dan umatnya di merata rata pelusuk tempat, surau dan masjid. Alhamdulillah...ramai yang mengambil bahagian dan paling penting semangat dari golongan muda yang sekarang ini semakin dekat dengan program keagamaan tak kiralah di surau atau di masjid, tahniah.
     Namun, di sebalik sambutan Maulidur Rasul itu sendiri terselit beberapa persoalan yang perlu difikirkan dan menjadi renungan kepada setiap insan yang mengaku dirinya sebagai seorang Islam. Sejauh mana kita mengenali Rasulullah SAW ? Bagaimana pula kecintaan kita kepada Rasulullah SAW ? Adakah kita berusaha mencontohi baginda Rasulullah SAW dari segi perwatakannya, cara hidup baginda,cara makan dan minum, cara baginda Rasulullah SAW beribadat dan 1001 macam lagi perkara yang dapat dicontohi dari Rasulullah SAW. Perlu diingat percaya kepada nabi dan rasul Allah adalah termasuk dalam rukun iman.
      Sesungguhnya sambutan Maulidur Rasul yang diadakan diraikan di kebanyakan negara Asia Tenggara seperti di Malaysia dan Indonesia. Di Mesir, Arab Saudi, jarang kedengaran sambutan Maulidur Rasul sepertimana kita di Malaysia. Tidak kisahlah ada sambutan atau tidak, yang paling utama, bagaimana rasa kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Selalukah kita berselawat kepada Rasulullah, adakah solat kita seperti Rasulullah SAW, peradaban kita ketika bersama suami, isteri, keluarga, ibubapa, masyarakat, golongan tua, gaya kepimpinan baginda, adakah kita menjejaki ke arah apa yang dilakukan oleh Rasulullah atau sekurang-kurangnya kita menghampiri apa yang patut dicontohi dari Rasulullah SAW. Perlulah kita ingat, sehingga akhir hayat Rasulullah SAW pun masih lagi teringatkan umat-umatnya, kita ? entah apa yang kita ingat entahlah. Mungkin ramai yang kata zaman kita ni jauh dari zaman Rasulullah, susah nak ikut, bayak versi ustaz yang mengajar, kan Rasulullah SAW tinggalkan al Quran dan Hadis sebagai panduan dan majlis ilmu berlambak-lambak diseluruh surau dan masjid. Kita ada dimana waktu tu? Sibuk? Tak ada masa. Ceh!!! Rasulullah pun lagi sibuk daripada kita, nak menguruskan negara lagi, sempat menyampaikan khutbah. Sibuk nak berperang sempat lagi Rasulullah bersembahyang dan berdoa. Jadi wakil rakyat sempat lagi Rasulullah melayan anak-anak dan isteri-isteri baginda. Renung-renungkanlah, sakit demam Rasulullah peritnya lebih teruk dari kita manusia biasa pun masih ingat Allah. Kita Wallahua'lam...
      Perlu wujudnya rasa kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dengan sepenuhnya, tatkala ini CINTA merupakan satu perkataan yang memberikan pelbagai reaksi. Sahabat-sahabat sekalian... sesungguhnya Rasulullah telah tinggalkan al Quran dan hadis untuk menjadi pedoman dan panduan kepada kita umat akhir zaman. Tiada gunanya kalau kita mengadakan sambutan besar besaran tapi pulang ke rumah kita masih lagi insan yang sama seperti sebelumnya. kepimpinan kita tak ubah kepada sistem Islam seperti mana yang telah digunapakai oleh Rasulullah.
      Marilah kita sama-sama basahkan bibir kita dengan zikir Allah dan selawat ke atas Rasulullah, kerana kita semua perlukan syafaat Rasulullah di Padang Mahsyar nanti.
Wallahua'lam.....